Pages

Assalamualaikum......

Assalamualaikum......

Ahad, 11 Ogos 2019

PINTU MASJIDIL HARAM

Semua sedia maklum bahawa Masjidil Haram mempunyai banyak pintu masuk. Di sini akak kongsikan sedikit maklumat berkaitan pintu-pintu tersebut.






Memandangkan akak menginap di Hotel Anjum ketika berada di Mekah... maka pintu Masjidil Haram yang paling hampir untuk kami menuju ke Kaabah ialah Pintu 74.  Pintu yang lebih dekat iaitu di bangunan baru masih dalam pembinaan ye... 

Melalui Pintu 74 kita boleh berjalan terus sehingga nampak eskelator dan turun ke dataran Kaabah. 

Oleh kerana kami memasuki Mekah melalui Madinah, kami telah berniat ihram dan umrah di Masjid Bir Ali... Seterusnya kami laksanakan Tawaf Umrah 7 pusingan di Kaabah diikuti dengan Sa'ei 7 pusingan iaitu ulang alik antara Bukit Shafa dengan  Bukit Marwah dan diakhiri dengan tahallul.

Biasanya kita dapat bayangkan keadaan tawaf di Kaabah.  Tetapi bagi yang pertama kali hendak menunaikan Umrah... mungkin tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa tempat sa'ei tu? Hmmm...  kat bawah ni akak bagi adik2 tengok.  Cantik bermar-mar lagi lantai tempat kita sa'ei tu... puncak bukit Shafa dah kena kepung dengan pagar kaca. Kawasan yang kita pijak untuk ibadah sa'ei di Bukit Shafa tu semuanya dah ada mar-mar ye...




Seterusnya kita menuju ke Bukit Marwah.  Ha... puncak Bukit Marwah tidak dipagar dan masih nampak batu cokelatnya itu.  Maka bertahlil dan berdoalah di atas batu cokelat itu setiap kali hendak memulakan pusingan 2,4 dan 6 sa'ei ye... (Kalau tak faham sila rujuk Kit Umrah)


Batu cokelat yang kawan-kawan akak duduk tu adalah Bukit Marwah ye... Kami baru selesai Sa'ei dan Tahallul.


Suami akak memilih untuk mencukur semua rambut jadi dia tak bertahallul di Bukit Marwah.  


Dah jumpa kedai gunting.... maka bertahallulah dia dan sempurnalah Umrahnye... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan